Catatan Popular

KESIHATAN SEBENAR


 Kali pertama anda datang ke blog ini, anda bertanya USANA ni produk apa? Pandangan pertama apabila anda melihat pada logo USANA anda sudah mengetahui bahawa USANA adalah produk kesihatan. Namun USANA bukan sebarangan produk kesihatan yang mungkin anda pernah tahu mengenainya.
USANA adalah satu-satunya produk kesihatan No.1 di dunia. Suka saya untuk menyebutkanya sekali lagi bahawa inilah produk yang anda nantikan untuk memberikan kesihatan sepanjang hayat. Produk USANA adalah produk suplement yang mengandungi kesemua nutrien yang dikehendaki oleh tubuh anda.
Ada nutrien yang mungkin diperlukan pada sukatan yang lebih tinggi daripada apa yang dapat dibekalkan dengan makanan. Dengan pergi ke kedai untuk membeli produk suplement atau produk penoko zat keluaran terkini yang berbeza, tidak kira apa pun jenamanya dan jenisnya bukanlah caranya untuk membekalkan pemakanan yang betul. USANA sangat berbeza dengan produk kesihatan lain yang mempunyai sebahagian sahaja nutrien yang dikehendaki oleh badan anda.
Untuk pengetahuan anda produk USANA ini baru sahaja bertapak di Malaysia bermula 2007 hingga sekarang. Jangan hairan jika anda masih mentah dan kurang pengetahuan untuk mendalami produk-produk No.1 ini. Sesuatu yang suka saya kongsikan bahawa USANA diiktiraf halal. Jangan rasa bimbang untuk menggunakannya kerana jika anda menggunakannya sekarang, anda bukanlah pengguna yang pertama. USANA akan memberikan penerangan yang jelas tentang apa yang anda inginkan.

.

Berasa lebih baik dan menikmati kehidupan dengan pemakanan yang sempurna dan seimbang.
Ramuan rumusan USANA yang unik adalah berdasarkan pada ramuan yang boleh dipercayai, terbukti secara saintifik dan telah diujikan secara klinikal.
Apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapat
USANA menjamin kemujaraban produk-produk. Kebanyakkan perumusan nutrien USANA adalah dihasilkan sendiri dengan mengikuti prosedur analisis dan kawalan mutu yang ketat. USANA mengesahkan setiap kumpulan yang dihasilkan supaya apa yang anda baca pada label produk adalah yang anda akan terima dalam produk tersebut.
Ketenteraman jiwa dan keselamatan melalui mutu yang tinggi
Kemudahan pengeluaran USANA mematuhi Praktis Pengeluaran Baik Tahap Farmaseutikal (Good Manufacturing Practise) atau GMP. Berbagai agensi-agensi kerajaan telah menjalankan pemeriksaan dari masa ke semasa, dengan kehendak kawalan yang ketat terhadap prosedur dan dokumentasi.
Berasa selamat mengenai keputusan pemakanan anda
USANA telah melaburkan masa dan wang yang signifikan dalam operasi saintifik, sistem maklumat, perkhidmatan penyelidikan, perikatan saintifik di seluruh dunia, dan sokongan teknikal secara luas. Pakar-pakar USANA berada di hadapan dalam sains pemakanan.
BERIKUT ADALAH TIP-TIP KESIHATAN CARA "USANA"
BUKU COMPARATIVE GUIDE TO NUTRITIONAL SUPPLEMENTS

CARA MENGATASI MASALAH KESIHATAN
Apabila kita menghadapi masalah kesihatan yang melibatkan penyakit-penyakit degeneratif, kita akan mengikuti kelas pemakanan sihat yang akan dikelolakan oleh penasihat pemakanan. Ramai pakar kesihatan menyarankan kita mengambil penokok zat (suplement) untuk mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan dan juga sebagai pertahanan antioksidan (melawan penyakit).
Kesedaran orang ramai terhadap kebaikan dan pentingnya mengamalkan pengambilan suplement telah menyebabkan begitu banyak produk suplement berada di pasaran. Permintaan terhadap suplement sangat besar dan berterusan walaupun ekonomi dunia dilanda gawat.
Dalam lambakan produk suplement di pasaran sekarang ini, adakah apa yang kita pilih menepati ‘Blended Standard’ yang diperlukan oleh tubuh badan kita? Apakah apa yang kita bayar, memberi faedah untuk kesihatan kita? Oleh kerana itu, kita memerlukan panduan untuk memilih suplement yang terbaik untuk diri kita.
Untuk memilih suplement yang akan anda ambil, beberapa perkara haruslah anda teliti dan buat perbandingan. Berikut adalah perkara yang perlu anda tahu..

Adakah suplement itu….

  • Lengkap?
  • Seimbang?
  • Mujarab?
  • Bio-Available?
  • Selamat?


VIDEO MENGENAI :Comparative Guide to Nutritional Supplements



Lyle MacWilliam, seorang penyelidik, pengarang dan ahli biokimia Kanada, dalam bukunya Comparative Guide to Nutritional Supplements telah menkategorikan lebih 500 penokok zat di Amerika Syarikat dan Kanada berdasarkan 14 kriteria. Laporan ini boleh dikatakan satu daripada kajian yang komprehensif dan berwibawa.
MacWilliam, seorang bekas Ahli Parlimen yang memegang jawatan penasihat pakar atas perintah Kementerian Persekutuan Kanada, berkata, “Majoriti konsumer tidak dilengkapi dengan pengetahuan zat makanan. Saya berharap agar penerbitan buku ini dapat membantu mereka memahami kebenarannya.”

PRODUK USANA MEMPUNYAI RATING TERTINGGI

Hasil daripada kajian di dalam buku ini mendapati produk keluaran USANA Health Sciences mendapat markah tertinggi, mendahului mana-mana lebih 500 produk yang lain. USANA juga mendahului 4 produk terbaik yang mendapat Pencapaian Pingat Emas.

PENOKOK ZAT BERGRED FARMASEUTIKAL

Dari segi undang-undang Amerika Syarikat, pengeluar penokok zat hanya perlu mematuhi piawai yang sama seperti makanan. Keadaan ini telah mewujudkan kepelbagaian dari segi mutu penokok zat di pasaran. USANA dengan secara sukarela telah menguatkuasakan ‘piawai farmaseutikal’ yang jauh lebih ketat dalam proses pengeluarannya untuk memastikan semua produk bebas dari sebarang pencemaran dan bahan mentah yang digunakan dikenalpasti akan kemujarabannya; setiap tablet pasti melarut sepenuhnya untuk penyerapan badan.


DISENARAIKAN DALAM RUJUKAN PERUBATAN PROFESIONAL
Apa yang lebih menarik lagi, produk USANA merupakan satu-satunya produk supplement jualan langsung yang tersenarai di dalam buku yang menjadi rujukan para doktor iaitu buku MIMS (Master Index of Medical Specialities) dan PDR (Physician’s Desk Reference). Para doktor hanya akan mengsyorkan produk yang tersenarai di dalam buku rujukan ini kepada pesakitnya.
Buku MIMS berkulit hijau adalah kegunaan di Malaysia.

Penyakit yang paling merbahaya sekarang bukan penyakit yang berpunca daripada kuman ataupun virus. Ia adalah penyakit kronik degeneratif yang berpunca daripada kerosakan dan degeneratif sel secara berkumpulan dalam badan manusia.

Setakat ini tidak ada cara untuk menyembuhkannya….

Laporan tahunan World Health Organisation telah memberi amaran bahawa penyakit kanser, sakit jantung dan penyakit-penyakit kronik yang lain telah meragut nyawa lebih 24 juta orang setiap tahun, dan ia akan terus membawa penderitaan dan menimbulkan ketidakupayaan kepada berjuta-juta manusia di bumi ini.

Namun penyakit degeneratif boleh dielakkan

Ramai di antara kita masih menganggap penyakit kronik penyakit yang malang; penyakit yang diakibatkan oleh umur yang meningkat dan ia tidak dapat dielakkan. Namun kita harus faham bahawa “tua” tidak bermakna sakit. Untuk mengelakkan penyakit degeneratif, kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dan cara hidup yang sihat.

Pada ketika dulu, kita biasa mendengar kematian disebabkan sakit tua. Mereka ini meninggal dunia hanya disebabkan usia mereka yang telah tua dan bukan disebabkan mereka ini berpenyakit. Apa yang kita ketahui, bilangan orang yang meninggal dunia kerana sakit tua pada masa kini amat jarang kita dengar. Ini adalah kerana, mengikut laporan  
WHO (WORLD HEALTH ORGANISATION) , 
8 penyakit pembunuh utama adalah seperti berikut:-

1) Jantung
2)Kanser
3)Strok
4)Kencing Manis
5)ReputOteoporosis
6)Artritis
7)Alzheimer
8)Obesiti  

Cuba anda perhatikan, adakah penyakit-penyakit seperti ini ada pada diri anda? Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit-penyakit ini juga telah menjadi musuh utama bagi masyarakat Malaysia, ini sungguh membimbangkan kita semua. Selain daripada 8 pembunuh utama ini, terdapat berbagai lagi penyakit yang menjadi musuh diri kita antaranya:
  • Asma/ Semput
  • Resdung
  • Buah Pinggang
  • Gastrik
  • Eczema (Penyakit Kulit)
  • Leukemia
  • Jerawat
  • Angin Pasang
  • Tekanan darah tinggi
  • Tekanan darah rendah
  • Lupus
  • Buasir
  • Gout
  • Lemah tenaga batin…
  • dan banyak lagi……

Tahukah anda?

Menurut kajian kebanyakan masalah penyakit ini berpunca dari radikal bebas dan toksin di sekeliling kita.
Radikal bebas mampu menyebabkan kemerosotan sel.
Gambar di atas menunjukkan bagaimana lemak yang terkandung di dalam makanan segera telah menyebabkan kemerosotan sel kerana di dalam makanan segera ini juga terkandung unsur radikal bebas. Apabila berlakunya kemerosotan sel, maka akan berlakulah berbagai penyakit degeneratif seperti di atas tadi.
Sel yang telah rosak amat memerlukan sistem pertahanan antioksidan untuk berkembang sihat. Antioksidan mampu menentang radikal bebas yang menyerang kita dalam senyap.
Radikal bebas ini datangnya dari pelbagai sumber, bahkan ada kalanya dari sumber yang kita tidak jangkakan. Antara sumbernya adalah:
  • Pencemaran
  • Air yang bertoksin
  • Radiasi dari matahari
  • Tekanan perasaan (Stress)
  • Makanan yang tidak sihat

UNTUK KETERANGAN PRODUK DAN PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN (PPU) PAKEJ 3-BC ( BISNESS CENTRE)

sila lawati : ARKIB BLOG 



USANA INDEPENDENT ASSOCIATE
( NETWORK 7117 GROUP)

Zieta Zain : 013-601 8088
Noorhisham : 012-332 0824