Catatan Popular

MENGENAI USANA








 
Selamat datang ke Dunia Usana, pertama sekali kami ingin mengucapkan tahniah kepada anda yang mengunjungi blog ini kerana telah berjaya selangkah menuju ke arah kehidupan yang didokong oleh kesihatan sebenar di dalam diri anda. Sepertimana yang kita tahu, kita sekarang hidup di dunia yang penuh dengan pencemaran yang datangnya dari berbagai sudut yang kadang kala kita sendiri tidak menjangkakannya. Ramai juga yang masih tidak memahami gaya hidup dengan cara sihat dan yang paling penting, pemakanan yang sihat. Dari kerana itu, kenyataannya umat manusia sekarang ini memerlukan jalan alternatif untuk mencapai kesihatan sebenar bagi diri mereka. Maka jalan terbaik adalah mengambil makanan tambahan (supplement), akan tetapi kita masih tidak menyedari, apakah supplement yang kita ambil menepati ‘Blended Standard’ yang diperlukan oleh tubuh badan kita? Ini yang menjadi persoalan di dalam pemilihan supplement yang akan kita ambil. Maka kami memperkenalkan kepada anda, supplement yang terbaik di dunia dan sehingga kini tiada satu supplement yang dapat menandingi kehebatan supplement keluaran USANA Health Sciences. Untuk menuju kesihatan sebenar, inilah produk yang akan memberikan pengalaman kesihatan yang anda impikan.
USANA Health Sciences, Inc., adalah Syarikat Jualan Lansung. Yang mengeluar dan mengedar barangan berupa makanan tambahan Nutrisi dan barangan penjagaan diri. Syarikat USANA beroperasi  di 14 negara serata  dunia seperti : Australia, New Zealand, Canada, the United Kingdom, Netherlands, Hong Kong, Japan, Taiwan, Korea, Singapore, Mexico, Malaysia, Philippines, dan United States.
USANA
Ditubuhkan pada tahun 1992, hari ini USANA Health Sciences merupakan pengeluar dan pengedar penokok zat yang amat disanjungi. Kejayaan USANA sebahagian besarnya bergantung kepada pengasas dan pengerusinya iaitu Dr Myron Wentz.
Dr Myron Wentz.
Pakar dalam bidang Pemeliharaan Sel
Dr Wentz, seorang pemegang ijazah Ph.D. dalam bidang mikrobiologi dan imunologi, merupakan peneroka terkenal antarabangsa dalam bidang pemeliharaan sel manusia untuk diagnosis penyakit berjangkit. Dr Wentz menubuhkan Gull Laboratories pada awal tahun 1970 dan menghabiskan tempoh 20 tahun untuk membangunkan produk diagnostik untuk digunakan di hospital dan makmal klinikal di merata dunia. Ini menjadikan beliau seorang pakar dalam bidang pemeliharaan sel manusia yang sihat.

Dari Peringkat Mendiagnosis Penyakit ke Tahap Mewujudkan Kesihatan Optimum

Walaupun berjaya dalam Gull Laboratories, Dr Wentz berhadapan dengan masalah ketidakpuasan diri dan juga masalah kesihatan peribadi. Beliau mendapat nasihat seorang rakan untuk memakan penokok zat yang seterusnya telah mengubah visi dan menukar haluan karier beliau. Memandangkan kedua-dua ibu bapa beliau meninggal akibat penyakit degeneratif, ahli sains dari North Dakota ini mengambil keputusan untuk mengubah haluan kepakaran beliau dari mendiagnosis penyakit ke bidang mempromosi kesihatan badan.

Mencatat Piawai Kecemerlangan yang Baru

Setelah mengetahui kepentingan zat yang baik terhadap fungsi sel yang optimum, Dr Wentz mulai menguji kehadiran penokok zat dalam makmal analitisnya. Beliau mendapati kebanyakan zat tidak dapat membekalkan nutrien yang mencukupi dan seimbang kepada badan manusia. Beliau juga mendapati zat-zat tersebut selalunya berkualiti rendah dan mempunyai kesan biologi yang lemah.
Lantas, Dr Wentz menubuhkan USANA pada tahun 1992. Dia bercita-cita untuk membangunkan siri penokok zat yang
seterusnya telah mengubah piawai kecemerlangan dalam industri berkenaan.

Berkongsi Visi Kesihatan

Sekarang, beribu-ribu orang di merata dunia berkongsi visi dengan Dr Wentz untuk menjaga kesihatan masing-masing melalui pemakanan yang baik, dan mereka yakin bahawa USANA dapat membawa kebahagiaan kepada keluarga mereka. Impian Dr Wentz untuk melahirkan “sebuah dunia yang bebas daripada kesengsaraan” telah mendorong beliau untuk menguruskan Sanoviv Medical Institute di Baja, Mexico, iaitu sebuah institusi perubatan yang canggih, begitu juga Wentz Medical Centre untuk kanak-kanak di Gaba, Uganda.

The BrandLaureate Award – The Grammy Award for Branding..  
Itulah tagline bagi anugerah yang sangat berprestij untuk menentu sesuatu produk itu adalah yang terbaik dan terunggul. Ia adalah sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan Super Brand yang mana kebanyakan produk boleh mendapatkan pengiktirafan Super Brand jika ianya menepati piawaian kualiti yang ditetapkan oleh Super Brand.
The BrandLaureate Award adalah anugerah bertaraf antarabangsa yang mana hanya produk atau perkhidmatan yang terbaik sahaja yang akan menerima anugerah ini. Ratusan produk dan perkhidmatan akan bertanding untuk mendapat kedudukan teratas mengikut kategori masing-masing. Tiada tempat kedua untuk The BrandLaureate Award ini.
Apa yang boleh dibanggakan, Essentials™ keluaran USANA Health Sciences telah memenangi The BrandLaureate Award sebanyak 3 kali berturut-turut semenjak tahun 2007 sehingga 2009 bagi kategori Advance Nutritional Product. Ini membuktikan yang produk keluaran USANA merupakan yang terbaik di Asia Pasifik melalui The BrandLaureate Award. Sememangnya ini adalah Nutrisi yang anda boleh percayai.

 

ALBERT EINSTEIN AWARD 

 Albert Einstein Award merupakan satu anugerah yang sangat berprestij terulung di dalam dunia Sains. Nama anugerah ini sendiri diambil sempena nama saintis lagenda dan terkenal iaitu Albert Einstein. Disebabkan Dr. Myron Wentz telah menyumbangkan baktinya yang sangat besar di dalam bidang Sains Kesihatan, Dr. Myron Wentz telah dianugerahkan Albert Einstein Award. Sejak anugerah ini diwujudkan, hanya 8 orang sahaja yang menerima anugerah ini,    Dr. Wentz adalah seorang daripadanya. Amat membanggakan.

 

LAIN-LAIN ANUGERAH YANG TELAH DIMENANGI

Diasaskan pada tahun 1992 oleh Dr Myron Wentz - Seorang pakar mikrobiologi dan
   immunologi yang telah memenangi anugerah Albert Einstein. Memegang rekod
   menternak sel darah manusia  di luar badan manusia selama 40 tahun tanpa sebarang 
   jangkitan.

.  Dipilih 'The #1 Distributor's Choic-9 tahun berturut-turut oleh Network Marketing Today.

.  Majalah Forbes menyenaraikan USANA sebagai No. 5 di kalangan '200 Best Small 
   Companies of  2005 in America - Tiada syarikat MLM / NETWORK MARKETING lain 
   tersenarai

.  Majalah Business Week menyenaraikan USANA No. 3 di kalangan '100 Hot Growth
   Companies of  2005'. Tiada syarikat MLM/Network Marketing lain tersenarai.

·  Media Usahawan 2005 menyenaraikan USANA No. 1 di kalangan 

·  Produk USANA tersenarai di dalam Master Index of Medical Specialties (MIMS) iaitu
   buku rujukan doktor dalam memberi ubat kepada pesakit. Tiada produk syarikat
   MLM / NETWORK MARKETING lain tersenarai.
·  Produk Multivitamin USANA telah memenangi tempat #1 di dalam
   buku 'Comparative Guides to Nutritional Supplements' di semua edisi
  ( edisi 1 sehingga edisi 4)

·  Produk disahkan halal oleh IFANCA (Islamic Food and Nutritional Council of America)

·  Produk-produk USANA tidak mengandungi bahan kimia, dadah dan PARABEN
   (penyebab KANSER)

·  Produk USANA mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia

·  Produknya banyak membantu pesakit seperti diabetes(kencing manis),
  gout, darah tinggi, kanser dan lain-lain

·  Bakal membuka pasaran ke 30 buah negara lagi bermula dengan Indonesia, 
   India dan  China. Dengan hanya satu pendaftaran, anda boleh mengembangkan
   perniagaan ini tanpa berada di sana

Andai kata anda benar-benar berminat menjadi seorang “usahawan”, dengan ikhlas saya mengesyorkan USANA. Saya percaya USANA akan dapat membimbing anda ke arah menguatkan daya pemikiran, memperbaiki kesihatan dan mempertingkatkan gaya hidup anda ke suatu tahap kecemerlangan yang hanya boleh dinikmati oleh golongan yang berjaya menjadi CEO dalam hidup mereka.


sila lawati : PRODUK USANA



USANA INDEPENDENT ASSOCIATE 
( NETWORK 7117 -NILAI GROUP 1)

Zieta Zain : 013-601 8088
Noorhisham : 012-332 0824